FAKE/REAL BRACES

Assalamualaikum dan selamat petang guys :)

Hujan masih membanjiri bumi selangor, tempat ku memerah keringat menimba ilmu. hahaha ok guys, malam ni seperti yang aku cakap dekat previous entry, aku nak cerita and share sikit ilmu yang aku dapat mengenai fake/real braces. A BIG THANKS to Doktor Sakinah from Klinik Pergigian Iman, Sg Buloh yang berkongsi ilmu mengenai fake braces through her IG live . U guys yang duduk Sg Buloh boleh lah pergi ke klinik pergigian iman ni untuk mendapatkan rawatan gigi . Servis tiptop review orang ramai pun the best ! Deposit untuk braces pun tak silap not more than RM1000 . sangat murah and reasonable guys :)

                                                    Image result for cute cartoon          
                                                                        Hi Guys 

Ok guys, sebenarnya fake/real braces ni memang bahaya. Ye memang murah, takde cabut gigi, takde scaling, takde moulding dan fungsi nya sama iaitu menarik gigi. BUT WHY IZZIT DANGEROUS ? Lemme tell yaaaaa 

Daripada apa yang aku dapat daripada perkongsian Doktor Sakinah haritu. FIRST, Kebersihan tak dijaga. Yelah ko bayangkan dorang buat servis kat rumah dekat hotel, katil yang korang pakai untuk tido terbungkang semua. Pernah aku tgok kat FB, dorang ni pakaikan kat customer atas lantai berlapik . ko rase? dengan segala kuman ade kat situ. Allahu ! SEROUS KOTOR ! 

SECOND, dorang pakaikan fake braces tu even gigi korang BERKARANG ! macam mana gigi tu nak bergerak secara sihat kalau gigi tu masih kotor? silap2 penyakit gusi pulak yang datang ! BAHAYA GUYS

THIRD, kenapa moulding ( acuan gigi ) ni perlu bila nak pakai braces? sebab acuan gigi ni perlu untuk doktor study gigi ko. Contohnya, setiap kali appoinment, doktor akan cek perubahan pada gigi ko. Da bergerak ke belum and doktor akan refer guna acuan gigi ko. Doktor akan tengok gigi yang satu ni dah bergerak ke atau still diposisi yang sama. kalau still diposisi sama, doktor akan buat sesuatu contohnya ketatkan lagi wire untuk gigi tu.

FORTH, kenapa kena cabut gigi ? untuk memberi ruang gigi tu bergerak di landasan yang betul . Ok cuba u guys bayangkan, kalau ko gigi JONG, gigi tu da memang takde space tapi dorang ni still pakaikan braces kat gigi ko tanpa cabut gigi. what happen then? ofkos gigi tu dipaksa bergerak ke dalam dan bertindih dengan gigi2 sihat yang lain. AKIBATNYA? gigi ko akan terkeluar dan tertanggal lah sebab da takde space ! Haa u guys boleh bayangkan tak macam mana ? DONT TAKE THE RISK GUYS !

FIFTH, cuba u guys pikir sejenak, why fake braces murah tapi braces di klinik mahal? one of the reason of course because of the material of braces. Braces dari klinik menepati standard Kementerian Kesihatan dan diperbuat daripada keluli tahan lama. Fake braces? tah dari apa dibuatnya. ada yang aku baca dari blogger lain fake braces mengandungi plumbum which can cause cancer. Ada dengar kan kes budak kat Thailand yang tertelan bracket fake braces lepastu mati. Search sendiri untuk kepastian. 

LAST, u guys ingat nak letak bracket tu pakai main letak je ke ? NO ! nak pakaikan bracket ni pun ade ilmu dia supaya bracket tu diletakkan di tempat yang sepatotnya supaya gigi tu dapat bergerak di landasan yang betul. Yang dorang ni pakai letak je janji setel. Ilmu pun dari utube je. Doktor2 gigi belajar bertahun2 untuk berikan rawatan gigi yang betul dan tak memudaratkan. Tapi dorang? tu yang ada macam2 kes, gigi terkeluarlah . susunan gigi tetiba jadi straight dan tak melengkung macam susunan gigi biasa . gusi bengkak lah gigi nak tertanggal lah . Dah sakit baru nak jumpa doktor gigi. BURN lagi duit sebab nak tanggalkan braces tu kene charge beratus jugak. Tapi tengok doktor lah. ade jugak doktor yang taknak tolong cabutkan fake braces tu, doktor akan suruh dorang yang pasangkan tu untuk cabutkan semula. STILL NAK TRY PAKAI LAGI ? PIKIR2 KAN LAH. 

So far itu je secebis ilmu yang dapat aku kongsikan. Kalau ade salah dan silap, harap tolong perbetulkan. If u guys nak banyak lagi INFO pasal fake/real braces ni boleh la try tanya doktor2 gigi berdekatan anda. Nak tanya doktor Sakinah ni pun bisa dong hahaha. IG dia ' KP.Iman ' . Boleh lah korang usha2 IG dia and rajinkan diri tengok dia berkongsi ilmu. worth it guys! 

Last but not least, jangan lah cuba2 nak pakai. sayangi lah gigi anda. Sanggup ke gadaikan gigi pada orang yang tak bertauliah? THINK WISELY ! Lagi satu jangan lah pakai braces sebab nak ikut trend. pakai braces sebab nampak cute LOL ! aku bukan apa, takut jatuh hukum haram je. Aku ni pun kalau gigi cantek dan tak memudaratkan memang tak lah nak pakai braces. Sape yang sanggup sakit woi, dengan kene pantang makan pastu kene rajin bersihkan gigi. PENAT OI ! Aku paham buat braces ni memang mahal. u guys bole la start kumpul duit skit2 untuk buat braces. Buat part time ke apa atau buat time korang da kerja nanty da kumpul duit secukupnya . Insya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan korang .Ok tu je lah aku nak kongsi. Sorry kalau apa yang aku kongsi kan ni ada menyinggung mana2 pihak tapi ini semua untuk kebaikan u guys. aku ni bukan budak dentist pun . i am from engineering background. so korang boleh lah refer mana2 doktor gigi bertauliah untuk kepastian dan informasi mengenai bahana fake/real braces. Aku hanya SHARE kan sedikit ilmu yang aku dapat. Semoga ketemu lagi and thanks for reading my entry :)

 
                                                   Image result for cute cartoon

                                                                  BYE U GUYS <3





 

Comments